Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Zulfadli Zulkifli dan Tan Chun Seang hari ini dijatuhkan hukuman penggantungan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atas kes mengatur perlawanan.

Zulfadli yang berusia 25 tahun dikenakan hukuman penggantungan selama 20 tahun manakala Chun Seang, 32 tahun pula dikenakan perggantungan selama 15 tahun.

Atas kesalahan ini, mereka telah dikenakan denda sebanyak RM98,124 untuk Zulfadli dan RM58,874 pula untuk Chun Seang.

Hukuman yang dikenakan juga bermakna karier mereka dalam sukan badminton akan berakhir dengan begitu sahaja dan paling memberi kesan adalah pemain muda negara, Zulfadli yang mempunyai potensi besar jadi pemain perseorang negara pada masa depan.

Foto Kredit : fourthofficial(dot)com