Penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic yang sebelum ini tidak mempunyai kelab selepas menghabiskan satu musim bersama Manchester United sah akan kekal bersama kelab Inggeris tersebut untuk musim 2017/2018.

Penyerang berusia 35 tahun ini akan menyarung jersi bernombor 10 musim ini.

“Saya ada misi yang perlu dihabiskan di Old Trafford. Saya sememangnya tidak sabar untuk beraksi semula” kata Zlatan dalam kenyataan yang dipetik di laman rasmi Manchester United.

Zlatan musim lalu membuat kemunculan sebanyak 46 kali dimana beliau telah menjaringkan 28 gol dalam tempoh tersebut.