Connect with:




Sejak kebelakangan ini Chelsea dibawah kendalian Maurizio Sarri nampaknya bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik apabila terbaru tewas 0-2 kepada Mancherter United dalam saingan Piala FA di pusingan ke-5 di laman sendiri.

Berikutan dengan itu, pengurus tertinggi Chelsea hampir hilang sabar apabila mahu Zinedine Zidane bagi mengantikan Sarri sekiranya keputusan semakin buruk.

Mengikut laporan The Sun, bekas pengendali Real Madrid itu nampaknya berminat untuk ke Stamford Bridge sekiranya diberi jaminan dalam beberapa syarat yang beliau inginkan.

Perkara pertama yang diinginkan oleh Zidane adalah Chelsea mengekalkan pemain bintang mereka Eden Hazard yang semakin hangat diperkatakan bakal berpindah ke Real Madrid.

Selain itu, Zidane juga meletakan nilai perbelanjaan permindahan pemain sebanyak 200 juta pound untuk membaiki kelemahan yang terdapat dalam pasukan serta beliau perlu mendapat jaminan daripada pengurus tertinggi kelab dan pengarah kelab, Marina Granovskaia.

Walau bagaimanapun, Zidane dikatakan tidak mahu menjangkakan apa-apa yang bakal berlaku mengenai masa depan Sarri kerana segalanya terletak di tangan pengurus itu.

Jika Chelsea masih belum untuk mendapatkan rentak terbaik dan berada dalam kelompok empat teratas, pasti Sarri ditunjukkan jalan keluar.