Atlet olahraga Great Britain, Zharnel Hughes menghadapi detik cemas apabila didatangi lelaki bersenjata api ketika berada di tempat parking kereta di Jamaica.

Beliau yang berada di Jamaica kerana mengadakan latihan di sana. Zharnel dilaporkan tidak mengalami apa-apa kecederaan dan beliau berterima kasih kepada orang ramai kerana mendoakan beliau berada dalam keadaan baik.

Atlet berusai 23 tahun itu merupakan atlet 100 dan 200 meter Great Britain. Zharnel hampir menyertai acara 200 meter sukan Olimpik Rio namun terlepas akibat mengalami masalah kecederaan ketika itu.

Sumber : Twitter Zharnel Hughes

Foto Kredit : Athleticweekly(dot)com