Pemain Amerika Syarikat, Zhang Beiwen berjaya mencipta kejutan apabila menewaskan pilihan pertama kejohanan dari India, Pusarlav V. Sindhu 21-18, 11-21, 22-20 dalam perlawanan akhir Terbuka India.

Pertarungan kedua-dua pemain ini mengambil masa 1 jam 9 minit untuk menentukan pemenang. Pusarlav yang tewas dalam set pertama berjaya bangkit dalam set kedua untuk membawa perhitungan dalam set penentuan namun terpaksa akur jua apabila lawannya, Zhang lebih cemerlang untuk memenangi pertandingan ini.

Dalam acara lain, regu lelaki dari Indonesia, Marcus Fern Gideon-Kevin Sanja Sukamuljo menepati ramalan selaku pemain pilihan pertama dan nombor 1 dunia apabila mudah tewaskan wakil dari Denmark, Kim Astrup- Ander Skae Rasmussen 21-14,21-16.

Ini merupakan kejuaraan kedua mereka selepas berjaya menjuarai dalam Kejohanan Badminton Indonsia Master bulan lepas.

Indonesia meneruskan rentak kemenangan dalam acara acara  regu wanita, Grevsia Polii-Apriyani berjaya tiada halangan menewaskan wakil daripada Thailand, Jongkol Phan Kititharaku-Rawinda Prajongjai 21-18, 21-15.

Mathias Christianse-Christina Pedersen

Hasrat Indonesia untuk mencipta kejuaraan ‘hatrik’ tidak kesampaian apabila Mathias Christianse- Christina Pedersen dari Denmark berjaya menyekat dominasi Indonsia apabila berjaya menjuarai acara regu campuran menewaskan Praven Jordan- Melati Daev Oktavianti 21-14, 21-15.

Untuk, perseorangan lelaki, Shi Yuqi berjaya menewaskan wakil Taiwan Chou Tien Chen 21-18, 21-14.

Kejohanan ini telah berlangsung dari 30 Januari hingga 4 Februari 2018.

Foto Kredit : Terbuka India 2018