Skuad kebangsaan akan menentang Vietnam dalam aksi persahabatan yang dijadualkan pada hari Selasa, 11 September 2012 di Stadium Shah Alam.

Tiada perubahan ketara senarai pemain yang dipanggil namun jurulatih, Datuk K Rajagobal memanggil penjaga gol Johor FC, Muhammad Zamir Selamat bagi menggantikan Norazlan Razali dari Selangor.

Selain itu Abdul Shukor Jusoh (Terengganu), Zubir Azmi (Terengganu) dan Zaquan Adha (ATM) turut dipanggil semula menyertai kem latihan pusat.

Berikut adalah senarai penuh pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat dari 5 September hingga 11 September bertempat di Wisma FAM :-

1. Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)
2. Mohd Bunyamin Umar (Selangor)
3. Safiq Rahim (Selangor)
4. Ahmad Shakir Md Ali (Negeri Sembilan)
5. Mohd Farizal Marlias (Negeri Sembilan)
6. Kunalan Subramaniam (Negeri Sembilan)
7. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
8. Mohd Shakir Shaari (Kelantan)
9. Norshahrul Idlan Talaha (kelantan)
10. Subramaniam Sooryapparad (Kelantan)
11. Abdul Shukor Jusoh (Terengganu)
12. Mohd Faizal Muhamad (Terengganu)
13. Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu)
14. Azamuddin Mohd Akil (Pahang)
15. Muhammad Zamir Selamat (Johor FC)
16. Amiridzwan Taj Tajudin (ATM)
17. Christie Jayaselan Devasagayam (ATM)
18. Mohd Azmi Muslim (ATM)
19. Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak (ATM)
20. Mohamad Zaquan Adha Abd Razak (ATM)
21. Mahalli Jasuli (Harimau Muda)
22. Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda)
23. Gary Steven Robbat (Harimau Muda)
24. Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda)
25. Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya)