Connect with:




 

Pelari pecut kebangsaan, Zaidatul Husniah yang mewakili Universiti Putra Malaysia mudah mengekalkan pingat emas dalam acara 100 meter wanita yang dimenanginya dalam edisi sebelum ini.

Beliau mencatat masa terpantas. 12.4s jauh meningalkan wakil Thammasat Universiti dari Thailand, Sureewan Runan di tempat kedua dengan catatan masa 12.39s. Manakala pingat gangsa di peroleh atlet Politeknik Malaysia, Nor Ashikin Md Isa dengan catatan 13.23s.

Zaidatul (baju hijau) berjaya kekalkan emas yang dimenangi edisi sebelum ini.

Bagi Zaidatul, beliau bersyukur kerana berjaya memenangi acara ini kerana ia merupakan permulaan bagi tahun 2018. Dari segi masa ia kurang memuaskan kerana masa catatan yang dilakukan edisi lepas lebih baik.

“SUKIPT kali ini diadakan begitu awal, jadi persediaan saya dalam acara ini masih belum berada di peringkat maksimum. Saya juga menganggap persaingan dari wakil Thailand ini bagus kerana mampu memberi cabaran untuk saya buat catatan masa,” ujarnya.

Zaidatul akan berlepas ke Indonseia 9 Februari ini untuk Pra ASEAN GAMES dan akan memberi fokus di kejohanan itu.

Untuk rekod acara 100 meter wanita, beliau merupaakan pemegang rekod acara ini dengan catatan 11.67s pada tahun 2016.