Connect with:




WWE Superstar Shake-up adalah satu acara yang diadakan selepas Wrestlemania pada setiap tahun. Acara ini diadakan untuk memberi peluang kepada semua atlet gusti untuk menukar hala tuju masing-masing. Namun, mereka tidak boleh memilih tetapi mereka dipilih secara rawak. Ada juga pasangan tag team dipisahkan dalam acara shake-up ini. Ini peluang baik untuk mereka mencari pasangan lain atau bergerak secara individu. Mari kita lihat beberapa nama besar yang dipilih ke Raw dalam WWE Superstar Shake-Up kali ini.

 

The Miz (SmackDown ke Raw)

Nama The Miz kerap berada dalam senarai WWE Superstar Shake-Up. Bekas pemegang lapan kali gelaran Intercontinental Championship ini tidak ada masalah untuk diletakkan di mana-mana brand. Sepanjang karier Miz dalam WWE, dia telah memenangi pelbagai gelaran antaranya WWE Championship (1 kali), United States Championship (2 kali), Intercontinental Championship (8 kali), WWE Tag Team Championship (4 kali), SmackDown Tag Team Championship (1 kali), World Tag Team Championship (2 kali), Mixed Match Challenge (musim pertama) dan Money in the Bank (2010).

 

Rey Mysterio (SmackDown ke Raw)

Walaupun bertubuh kecil, Rey Mysterio mempunyai skill dan teknik yang mampu mengalahkan penggusti lain yang berbadan besar. Mysterio sebelum ini menghilang beberapa tahun sebelum kembali semasa Royal Rumble. Dia kemudiannya diletakkan di SmackDown dan kini dia dipilih untuk ke Raw. Mysterio telah memenangi dua kali gelaran World Heavyweight Championship, WWE Championship (1 kali), tiga kali Cruiserweight Championship, dua kali Intercontinental Championship, empat kali WWE Tag Team Championship dan menang Royal Rumble (2006).

 

AJ Styles (SmackDown ke Raw)

Bekas pemegang gelaran WWE Championship kini dipilih untuk menyertai Raw pada WWE Superstar Shake-Up kali ini. Mungkin ia satu pengalaman baru kepada AJ Styles yang tidak pernah meninggalkan SmackDown sejak kali pertama menjejakkan kaki di WWE. Styles berjaya memenangi gelaran WWE Championship (2 kali) dan United States Championship (2 kali) sepanjang berada di SmackDown. Kini peluang Styles untuk memenangi gelaran Universal dan Intercontinenal Championship cerah apabila berada di Raw.

 

Selain mereka bertiga, turut dipilih ke Raw adalah Andrade Cien Almas (SmackDown), The Usos (SmackDown), Naomi (SmackDown), Zelina Vega (SmackDown), Cendric Alexander (205 Live), Eric Young (SmackDown), War Raiders (NXT), EC3 (NXT), Natalya (SmackDown) dan Lacey Evans (NXT).

Foto : WWE / Sportskeeda