Connect with:




Semalam kami sudah senaraikan beberapa atlet gusti yang dipilih untuk ke Raw daripada brand lain seperti SmackDown, 205 Live dan NXT. Hari ini, tiba giliran beberapa atlet gusti untuk dipilih ke SmackDown pula. Khabar angin yang mengatakan Roman Reigns akan ke SmackDown akhirnya terjawab apabila dia muncul semasa siaran langsung SmackDown awal pagi tadi.

Roman Reigns sebelum ini melepaskan gelaran Universal Championship kerana menghidap penyakit leukimia, kembali ke arena Raw dan bergabung semula dengan brotherhoodnya Seth Rollins dan Dean Ambrose dan The Shield bergabung untuk kali terakhir.

Awal pagi tadi, Roman tiba di arena SmackDown semasa Vince McMahon memperkenalkan Elias yang juga baru terpilih menyertai SmackDown melalui WWE Supertar Shake-Up. Roman terus melakukan Superman Punch kepada Elias dan Mcmahon. Reigns juga menyatakan bahawa SmackDown adalah kawasannya sekarang (SmackDown is my yard now).

Dengan berpindahnya Roman ke SmackDown, mungkin akan memberinya peluang untuk merebut gelaran WWE Championship yang dipegang Kofi Kingston sekarang. Namun, kita tidak tahu apa jalan cerita yang dirancang oleh WWE untuk Raw dan SmackDown.

Dua lagi ahli The Shield, Seth Rollins yang memegang gelaran Universal Championship masih kekal di Raw dan akan terus mempertahankan gelarannya tanpa ada bantuan daripada Roman Reigns yang dipindahkan ke SmackDown dan Dean Ambrose yang telah menamatkan kontraknya bersama WWE.

 

Selain Roman Reigns, terdapat beberapa nama besar dalam arena gusti yang dipilih ke SmackDown antaranya Finn Balor, Elias, Bayley, Mickie James, Ember Moon, Apollo Cew dan Liv Morgan dari Raw. Lars Sullivan, Kairi Sane dan Heavy Machinery dari NXT dan Buddy Murphy dari 205 Live.

Foto : Sportskeeda