Connect with:




Setelah memenangi pertarungan epik di Wrestlemania 35, Becky Lynch kini pemegang gelaran WWE Raw & SmackDown Women Championship. Becky kini mendapat tentangan daripada beberapa atlet wanita gusti yang lain.

Semasa WWE Shake-up Raw, Becky mendapat perhatian daripada Natalya yang ingin mencabar gelaran Raw Women Championship. Namun, hasratnya itu tertangguh apabila Lacey Evans muncul dan mengatakan bahawa dia lebih layak dan mencabar Natalya untuk bertarung dan pemenang akan bertemu Becky di pay-preview Money in the Bank 2019 (MITB).

Natalya menyahut cabaran Lacey tetapi dia tewas dalam pertarungan itu. WWE mengesahkan bahawa Becky bakal pertahankan gelaran Raw Women Championship bertemu Lacey di MITB 2019.

Terbaru, dalam SmackDown Live, Becky telah menerima satu lagi cabaran daripada The Queen, Charlotte Flair. Cabaran itu tertangguh seketika apabila Bayley datang dan mencabar Charlotte untuk bertarung dengannya untuk menentukan siapa yang layak menentang Becky untuk SmackDown Women Championship.

Pertarungan itu menyaksikan Charlotte berjaya menewaskan Bayley dan kini peluang Charlotte untuk merampas kembali gelaran SmackDown Women Championship nampaknya cerah.

Kini sudah disahkan bahawa Becky bakal pertahankan dua gelaran dalam satu acara. Becky akan pertahankan gelaran Raw Women Championship menentang Lacey Evans dan akan pertahankan gelaran SmackDown Women Championship menentang Charlotte Flair.

Antara pertarungan lain yang telah disahkan adalah pertarungan gelaran WWE Universal Championship antara pemegang gelaran, Seth Rollins akan menentang AJ Styles. Sementara itu, Roman Reigns akan bertarung dengan Elias.

Money in the Bank 2019 akan berlangsung pada 19 Mei bertempat di The XL Center in Hartford, Connecticut.

Foto : WWE