Connect with:




WWE kembali ke Singapura menerusi WWE LIVE SINGAPORE ® pada hari Khamis, 27 Jun 2019 di Stadium Tertutup Singapura.

Tiket-tiket untuk WWE LIVE SINGAPORE mula dijual pada hari Jumaat, 15 Mac 2019 dan boleh didapati di Kaunter Tiket Stadium Tertutup Singapura, semua outlet SingPost, Kaunter Tiket The Star Performing Arts Centre, Meja Rencam Scotts Square, secara dalam talian di www.sportshubtix.sg dan dengan menghubungi Talian Penting Sports Hub Tix di +65 3158 7888.

Peminat-peminat yang menghadiri WWE LIVE SINGAPORE akan berpeluang untuk menyaksikan Bintang-bintang Terkenal WWE kegemaran mereka termasuk Braun Strowman™, Seth Rollins™, Finn Bálor™, Drew McIntyre™, Alexa Bliss™, Sasha Banks™, Nia Jax™, Elias™, Bobby Lashley™, Bayley™, Natalya™, Bobby Roode™, Chad Gable™ dan ramai lagi*.

WWE LIVE SINGAPORE dibawakan dengan kerjasama TEG Dainty Asia, penganjur utama acara-acara siaran langsung di seluruh dunia.

“Kami teruja untuk membawa kembali WWE LIVE ke Singapura,” kata Paul Dainty, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif TEG Dainty Asia. “Susulan acara-acara kami yang amat berjaya pada tahun 2015 dan 2017, tahun ini kami berjanji untuk membawa lebih banyak aksi dan keterujaan kepada semua peminat kami, muda dan tua. Acara satu-malam-sahaja ini merupakan acara hebat yang tidak boleh dilepaskan.”

“Peminat-peminat WWE boleh mengharapkan untuk mengalami malam yang padat dengan aksi menerusi hiburan mesra keluarga yang akan mencipta kenangan sepanjang hayat,” kata Chris Marsh, Naib Presiden dan Pengurus Besar WWE Asia Pasifik. “Kami teruja untuk kembali ke Singapura yang mana para peminat boleh menyaksikan semua Bintang Terkenal WWE kegemaran mereka secara langsung dalam suasana yang amat mengujakan.”

*Senarai bakat tertakluk kepada perubahan.