Connect with:




Tahukah anda, syarikat gusti terkemuka dunia WWE telah membuat satu pengumuman bersejarah dimana acara berbayar bagi bintang gusti wanita yang dikenali sebagai EVOLUTION akan berlangsung pada Oktober nanti.

Ketua Pegawai Jenama WWE Stephanie McMahon mengumumkan pada malam semalam dalam sebuah rancangan gusti (RAW) dimana  acara ‘pay-per-view’ (PPV) itu ditetapkan pada 28 Oktober bertempat di Nassau Coliseum dekat New York.

Evolution turut akan disiarkan di rangkaian chanel WWE dan akan tersedia di kesemua platform PPV di seluruh dunia.

Lebih 50 bintang gusti wanita dari RAW, SmackDown Live, NXT, dan NXT UK akan menjadi sebahagian daripada temasya gemilang, bersama lagenda WWE ‘Hall of Famers’ Trish Stratus dan Lita.

Paul “Triple H” Levesque, Naib Presiden Eksekutif WWE,memberitahu ESPN, “Anda boleh mengharapkan bintang gusti wanita yang terbaik bakal disajikan. Bukan itu sahaja, anda turut dapat melihat lagenda gusti beraksi kembali sepeti  Trish Stratus dan Lita.

Pengumuman bersejarah ini merupakan sebagai sebahagian daripada kempen WWE ke arah revolusi wanita dalam arena gusti.

Sementara itu, penggusti wanita WWE baru-baru ini telah mencipta fenomena baru apabila terlibat dalam acara tahunan ‘Royal Rumble’ buat kali pertama dalam sejarah.