Connect with:




Organisasi gusti terkemuka dunia, World Wrestling Entertainment (WWE) dilaporkan bakal mendapat keuntungan sebanyak £100 juta (RM 541 juta) daripada acara julung kali dalam sejarah WWE iaitu ‘The Greatest Royal Rumble’ yang bakal berlangsung ni Arab Saudi, esok.

Dalam pada itu, organisasi WWE melakukan promosi besar-besaran memandangkan acara tersebut merupakan pertama kali diadakan di Timur Tengah.

Selaku pengurus besar WWE, Vince McMahon telah menyusun tujuh acara tumpuan termasuk perlawanan terbesar iaitu ‘50-man Royal Rumble’ untuk menarik minat penduduk di sana.

Namun, menurut PWStream mendakwa syarikat itu hanya akan mendapat sekitar £50 juta (RM 271 juta) dalam penganjuran acara tersebut.

WWE begitupun akan melihat semua aspek termasuk dari segi jualan barangan dan tiket.

Sekiranya laporan yang dibuat itu benar, maka ia akan menjadi acara WWE paling hebat dan paling mahal menewaskan acara Wrestlemania sebelum ini.