wpid-dunia-sukan-image-for-website-story17-300x200.jpeg

Persekutuan Taekwondo Sedunia (WTF) berharap acara sukan taekwondo dapatĀ buat pertama kali pada Sukan Komanwel 2022.

Presidennya Dr Chungwon Choue berkata sehubungan itu pihaknya akan membuat
demonstrasi sukan tersebut semasa Sukan Olimpik Belia 2014 di Nanjing, China.

“Jade Jones dari Wales menang pingat emas kategori 57kg wanita di Olimpik
London dan negaranya merupakan anggota Komanwel.

“Jadi ini merupakan faktor kuat untuk kita melihat taekwondo dapat disertakan dalam Sukan Komanwel 2022,” katanya semasa temubual dengan Bernama. Beliau yang dalam rangka lawatan tiga hari ke negara ini turut berada diĀ  Wisma Bernama di sini baru-baru ini.

Taekwondo turut dipertanding di Sukan Asia. Chungwon berkata taekwondo mempunyai 70 juta pengamal di seluruh dunia dan 204 negara anggota.

Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Tan Sri Tunku Imran Tuanku
Ja’afar turut berharap sukan tersebut dapat diterima baik anggota CGF.

“Kita juga patut membuat pertunjukan taekwondo sebagai acara sukan di Sukan
Komanwel Belia sebelum memperkenalkannya pada Sukan Komanwel 2022.

“Jumlah atlet dari negara Komanwel yang menang pingat emas di London (Sukan
Olimpik) baru-baru ini telah bertambah dan saya tidak ragu-ragu sukan ini perlu
dipertanding di Sukan Komanwel,” kata Tunku Imran yang juga Presiden Majlis
Olimpik Malaysia dan Presiden Taekwondo Malaysia. – BERNAMA.