Demam Infinity Wars baru sahaja bermula. Sana-sini orang memperkatakan tentang kehebatan Thanos dan ‘kematian’ beberapa watak utama Avengers.

Satu perkara menarik untuk dikupas adalah persediaan bintang-bintang Avengers untuk melakonkan watak dalam filem ini dari segi rupa bentuk dan kecergasan.

Bagi Chris Hemworth, beliau sememangnya sudah memiliki tubuh badan yang maskulin hasil kerja kerasnya dalam tiga filem Thor sebelum ini. Untuk Infinity Wars, Hemsworth memberi fokus di bahagian lengan untuk membesarkan lagi biceps beliau. Walaupun tidak lagi mempunyai Mjölnir (tukul), Thor kini mempunyai senjata baharu yang lebih dahsyat. Mungkin sebab itu Thor memerlukan lengan yang lebih besar berbanding sebelum ini.

Sebastian Stan atau Bucky/ Winter Soldier menggunakan khidmat rakannya, Don Saladino iaitu seorang jurulatih kecergasan sebagai persiapan untuk filem ini. Stan sering berkongsi latihannya di laman instagram peribadi. Berbeza dengan latihan bina badan yang menggunakan berat yang ringan tetapi pengulangan yang tinggi, Stan berlatih dengan mengangkat beban yang lebih berat.

Nebula – anak angkat kepada Thanos juga mempunyai cara tersendiri untuk senaman. Karen Gilllan yang melakonkan watak ini memberitahu selepas Guardian Of The Galaxy Vol 2, dia tidak banyak melakukan senaman. Bagi mempersiapkan diri untuk Infinity Wars, Karen kembali dengan rutin senaman biasanya iaitu kardio (berbasikal dan berlari), squats, barbell deadlift dan tidak ketinggalan, kickboxing. Karen menambah bagi menaikkan lagi berat abdannya dan menambah otot, dia mengambil protein shake pada waktu pagi selain menjadikan buah epal sebagai snek.

Seorang lagi pelakon watak dalam filem ini ialah Scarlett Johansson. Pemegang watak Black Widow ini mempunyai masalah yang sama dihadapi kebanyakan kaki gym iaitu motivasi. Anda boleh merasa malas, letih dan tidak bersemangat untuk ke gimnasium. Bagaimana Scarlett mengatasinya? Dia akan memastikan dirinya tidak keseorangan ke gimnasium. Kebiasaannya, Scarlett akan berlatih bersama-sama dengan Sebastian Stan (Bucky).

Dave Bautista mungkin tidak perlu khuatir untuk mempersiapkan dirinya sebagai Drax. Sebagai bekas ahli gusti, Bautista sememangnya telah mempunyai bentuk badan yang besar dan berotot. Bagaimana Bautista masih belum berpuashati dengan tahap yang dimiliki. Baginya, ia masih belum cukup shred untuk melakonkan watak Drax. Maka, dia mendapatkan nasihat dari pelakon watak Thanos, Josh Brolin sebagai inspirasi. Brolin tidak perlu mempersiapkan diri dalam filem Infinity Wars namun beliau bertungku lumus membuat latihan demi watak Cable dalam filem Deadpool.

Tom Holland atau Spiderman pula memberi fokus latihan kepada seni mempertahankan diri. Dalam filem ini, Holland mempunyai banyak adegan berlawan maka dia memilih tinju sebagai latihan utama.

Berbeza dengan rakan-rakannya yang lain, Elizabeth Olsen (Scarlett Witch) mengutamakan diet sebagai persiapan. Olsen menggunakan khidmat pakar nutrisi terkenal, Philip Goglia. Goglia memberitahu, diet Olsen memerlukannya untuk membuang segala elemen tenusu, lemak dan roti. Olsen akan mengambil lebih banyak buah-buahan, sayur, ayam dan ikan.

Seorang lagi bintang Infinity Wars – Chadwick Boseman  melakukan pengambaran Black Panther dan Infinity Wars dalam tempoh masa yang sama. Maka, Boseman menggandakan sesi latihannya bagi memastikan Black Panther bersedia untuk kedua-dua filem ini. Boseman mengutamakan latihan kekuatan dan fleksibiliti.

 

Sumber: http://www.looper.com/117216/cast-got-ripped-avengers-infinity-war/