Tiger Woods kini kembali membuat penampilan selepas berehat panjang akibat daripada kesakitan dan kini kembali bebas untuk beraksi dalam kejohanan golf di serata dunia.

 

Juara 14 kali itu akan memulakan aksinya di Cabaran Dunia Hero, Kelab Golf Albany, Bahamas pada Jumaat ini adalah aksi pertama beliau sejak menarik diri Februari lalu.

 

Dia yang menjalani pembedahan April lalu untuk membetulkan bahagian bawah tulang belakangnya.

 

Pada bulan Mei yang lalu, dia juga terlibat dengan insiden memandu dibawah pengaruh dadah yang didapati tertidur di dalam kereta, selepas ujian dibuat dadah tersebut terkandung dalam ubat yang dimakan menurut sampel darahnya.

 

Woods yang kali terakhir menjulang gelaran utama pada 2008 menjelaskan pembedahan terakhir itu lebih kepada memperbaiki kualiti permainan yang disertainya nanti.

 

Foto Kredit: Augusta National