Winning mentality perlu dipupuk oleh setiap pemain pelapis badminton Malaysia bagi memburu kejuaraan yang besar dan tidak berada dalam tahap yang sama.

 

Bekas pemain badminton perseorangan negara, Muhammad Hafiz Hashim menyifatkan bahawa pemain pelapis yang berada dalam badan induk mempunyai kekuatan yang tersendiri, tetapi masih tidak ada sikap ingin menang di dalam kejohanan.

 

“Saya lihat disini bahawa, pemain pelapis sekarang ini tidak ada sifat ingin menang yang kuat dalam diri mereka,

 

“Walaupun mereka mempunyai pencapaian yang bagus semasa remaja, mereka tidak dapat mengekalkan momentum kejuaraan itu sehingga mereka berada dalam skuad elit badminton negara,

 

“Jika kita lihat Viktor Axelsen sendiri bermula dengan memenangi kejohanan Remaja Dunia dan berjaya mengekalkan rentak permainan yang konsisten sehingga ke hari ini,

 

“Hal ini berpunca daripada sifat ingin menang yang tertanam dalam dirinya kuat sehingga berjaya melakar kejuaraan yang besar dengan mengalahkan pemain-pemain hebat badminton seperti Lin Dan dan Datuk Lee Chong Wei,” katanya.

 

Dia juga berpendapat dalam satu temubual bahawa, badan induk perlu memainkan peranan yang penting untuk memberikan pendedahan kepada para pemain pelapis dengan memasukkan mereka dalam kejohanan yang besar supaya mereka mendapat pengalaman lebih meluas.

 

Untuk cerita yang lebih lanjut, sila dapatkan Majalah Dunia Sukan Edisi 60 yang akan dipasarkan pada Januari 2018 di kedai buku yang berdekatan.

 

foto: Stadium.my