Chelsea mendapat inspirasi dari Willian dalam kemenangan 4-0 ke atas pendatang baru, Qarabag dalam kempen Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Kelab dari Azerbaijan itu tersingkir daripada saingan dengan berbaki satu perlawanan selepas gagal raih kemenangan dalam lima perlawanan.

Eden Hazard membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti selepas Willian dikasari oleh kapten Qarabag, Rashad Sadygov yang dilayangkan kad merah.

Willian melipatgandakan kelebihan The Blues pada minit ke-36 selepasa menerima hantaran dari Hazard.

Cesc Fabregas memikul tanggungjawab tendangan penalti selepas Willian dijatuhkan dalam kotak penalti bagi melebarkan jurang permainan.

Gol terakhir datang pada lewat perlawanan dengan Willian menambah gol kedua peribadinya.

Setelah melihat dirinya di bangku simpanan pada musim lalu, Willian kelihatan seperti seorang yang mempunyai misi untuk membuktikan bahawa dia sudah bersedia untuk kembali beraksi dalam kesebelasan utama Antonio Conte.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) memerlukan kemenangan apabila bertemu Atletico Madrid pada aksi terakhir Kumpulan C bagi menamatkan saingan selaku juara kumpulan itu.

 

Foto Kredit: Twitter (Chelsea FC)