Penyerang RB Leipzig, Timo Werner meledak gol ketujuh dalam 10 penampilan buat Jerman ketika mereke diikat seri 2-2 dengan Perancis, dalam aksi persahabatan, awal pagi tadi.

Kemenangan kelihatan milik Les Bleus apabila Alexandre Lacazette menjaringkan dua gol sebelum Werner dan Lars Stindl mencatat nama selaku penyumbang gol pada minit ke-56 dan minit ke-93.

Keputusan itu bermakna Die Mannschaft memanjangkan rekod tanpa kalah mereka kepada 21 perlawanan, dengan kekalahan terakhir mereka menentang Perancis di separuh akhir Euro 2016.

 

MUKA BARU DIE MANNSCHAFT

SANDRO WAGNER

Foto Kredit: Twitter (TSG 1899 Hoffenheim)

Penyerang TSG 1899 Hoffenheim ini telah menjaringkan enam gol dalam 15 penambilan buat kelab Jerman itu dan ingin mengekalkan prestasi cemerlang buat skuad tanah air dengan lima gol dari tujuh perlawanan.

 

LARS STINDL

Foto Kredit: Twitter (Lars Stindl Fanpage)

Penyerang sensasi Borussia Monchengladbach dan muncul sebagai hero Jerman ketika menentang Perancis dengan gol pada babak akhir perlawanan.

 

LEROY SANE

Foto Kredit: Twitter (Leroy Sane)

Dalam prestasi yang cemerlang bersama kelab Inggeris, Manchester City yang mempunyai kelebihan sembilan mata di puncak sidang Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan enam gol buat dirinya, hanya dua di belakang penjaring terbanyak kelab, Sergio Aguero.

 

LEON GORETZKA

Foto Kredit: Twitter (Leon Goretzka News)

Merupakan ‘enjin’ di tengah padang buat kelab Bundesliga Schalke 04 dan skuad kebangsaan, sudah kelihatan seperti gandingan sempurna untuk Toni Kross di bahagian tengah padang.

 

 

Foto Kredit: Twitter (Germany National Team)