Connect with:




Gandingan baru beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See akan berpisah untuk memberi laluan kepada Goh Liu Ying walaupun mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kejohanan.

 

Menurut jurulatih beregu kebangsaan, Pang Cheh Chang, gandingan Peng Soon dan Yee See bukanlah untuk jangka masa yang panjang, akan tetapi untuk memberi pendedahan yang lebih terbuka buat Yee See ekoran daripada kecederaan yang dialami oleh Liu Ying.

 

 

Malaysia juga amat terkenal dengan gandingan pemain muda yang berpontensi besar untuk memberi tentangan kepada pemain dari negara luar.  Banyak kejayaan yang mereka kecapi hari demi hari untuk mengharumkan nama negara.

 

Berikut adalah pemain badminton pernah bermain dalam acara badminton yang berlainan dengan acara mereka sebenar.

 

  1. Koo Kien Keat.

Foto Kredit: SAYS Malaysia

  • Apa yang kita tahu, Koo Kien Keat adalah pemain beregu campuran lelaki yang pernah menggegar arena badminton satu ketika dahulu.
  • Pada kejohanan Piala Thomas 2012, Kien Keat diturunkan sebagai pemain perseorangan lelaki yang ketiga dalam perlawanan menentang Indonesia.

 

  1. Datuk Lee Chong Wei.

Foto Kredit: Asiana.my

  • Bekas penyandang pemain nombor satu dunia ini pernah beralih ke acara beregu campuran bergandingna bersama Li Xuerui.
  • Dalam Perlawanan itu, LCW bertemu dengan Chen Long-Tai Tzu Ying dalam satu perlawanan yang diadakan di China.

 

3. Lin Dan.

  • Super Lin juga pernah beramain dalam acara beregu lelaki dalam perlawanan pertunjukkan yang diadakan di China.
  • Lin dan digandingkan bersama musuh tradisinya sendiri iaitu Lee Chong Wei dalam aksi menentang pemain beregu terbaik China ketika itu, Cai Yun-Fu HaiFeng.

 

4.  Tan Boon Heong.

Foto kredit: Alchetron

  • Bagi pemain ini pula masih bermain dalam acara beregu lelaki, tetapi dia tidak bergandingan bersama pasangannya yang sebenar.
  • Dia digandingkan bersama Lee Yong Dae dalam kejohanan Purple League yang berlangsung di Malaysia.
  • dalam kejohanan itu mereka mewakili Muar BC dalam kejohanan tersebut.

 

Foto Kredit: Badminton Planet