SHAH ALAM – Stan Wawrinka merupakan pemain yang tertua mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Perancis.

Wawrinka telah menewaskan bintang dari Switzerland Marin Cilic dengan menundukkannya 6-3.6-3,6-1.

Pada usia 32 tahun, pemain ini tidak pernah lagi ditewaskan dalam mana-mana set sebelum mara ke peringkat separuh akhir.

Juara 2015 menjadi pemain tertua yang mara ke peringkat empat pemain terakhir selepas dilakukan Jimmy Conors pada 1985.

Wawrinka bakal bertemu dengan pemain no 1 dunia dan juga pilihan kelapan kejohanan daripada Jepun iaitu Any Murray dan juga Kei Nishikoro bagi menempah tiket ke pentas akhir.

“Hari yang sempurna dan saya sangat berpuas hati. Saya bermain dengan baik dan memanfaatkan peluang yang datang dengan baik,”kata Wawrinka yang mara ke separuh akhir Roland Garros buat kali ketiga berturut-turut.

Wawrinka, juara bertahan Terbuka Amerika Syarikat (AS) telah melebarkan rekod kejuaraanya ke atas pemain dari Crostia, Cilic kepada 12-2 dengan menggunguli lapan kemenangan berturut-turut ke atas lawan yang berusia empat tahun lebih muda.- AFP