Connect with:




Suruhannya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bakal menganjurkan satu acara larian Water Is Life Run bertempat di Anjung Floria, Putrajaya pada 11 April ini bersempena Hari Air Sedunia.

Ini merupakan edisi kedua penganjuran selepas edisi sulung diadakan tahun lalu. Program ini merupakan salah satu inisiatif SPAN dalam meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia berkenaan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air serta amalan penggunaan air secara berhemat.

Menerusi slogan “Bergembira Bersama! Guna lah Air Secara Berhemat”, SPAN berharap acara dapat memupuk kesedaran kepada para peserta selain membentuk masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Larian ini terbuka kepada orang ramai dan menawarkan dua kategori jarak larian iaitu 5 kilometer dan 10 kilometer. SPAN menyasarkan penyertaan seramai 2000 peserta.

Bagi mereka yang berminat menyertai acara ini, anda boleh mendaftar di www.heyjom.com/events/details/531/water-is-life-run-2020www.heyjom.com/events/details/531/water-is-life-run-2020. Tiket untuk kategori 5km dijual pada harga RM45 sementara kategori 10km dijual pada harga RM60.