Connect with:




Jika anda ingin menonton sukan kegemaran anda secara ‘live’, tetapi anda tidak boleh menontonnya kerana anda seorang perempuan, apa yang anda lakukan?

Situasi tersebut berlaku di Iran apabila mereka tidak membenarkan perempuan untuk masuk ke stadium bagi menonton perlawanan bolasepak.

Namun, itu tidak menghalang seramai lima orang wanita ini memperlihatkan dedikasi mereka terhadap bola sepak apabila mereka cukup bijak menyelinap masuk ke dalam stadium.

Foto Kredit: Reddit

Apa yang lebih menarik, mereka menyamar dengan mengenakan pakaian sukan, rambut palsu dan ‘makeup’ seperti seorang lelaki.

Menurut portal Reddit, gambar mereka telah diambil di Stadium Azadi, dimana para penyokong meraikan majlis penyampaian trofi untuk Persepolis ketika mereka menenerima gelaran yang ke-11 sebagai juara Iran- dan di mana wanita dilarang menghadiri perlawanan bola sepak lelaki.

Persepolis menewaskan Sepidrood 3-0 dalam perlawanan terakhir musim ini.

Presiden FIFA, Gianni Infantino, yang berada di Iran ketika itu dan menyaksikan perlawanan tersebut dilaporkan berkata bahawa dia telah dijanjikan oleh Presiden Iran, Hassan Rouhani untuk merencana segera plan bagi membiarkan wanita menghadiri perlawanan sepak bola di negara ini.

Foto Kredit: Instagram/Zeinab_perspolisi_ak8

Dalam pada itu, dalam satu laman Instagram dari pengguna yang dikenal sebagai zeinab_perspolisi_ak8 juga menunjukkan gambar dan videonya yang menyamar berpakaian sebagai seorang lelaki.

Bukan itu sahaja, insiden terbabit telah berlaku beberapa kali di Iran memandangkan wanita-wanita ini sangat terdesak untuk menonton perlawanan kegemaran mereka di stadium.

Dari sudut lain, seorang lelaki di Turki turut diharamkan menjejaki stadium untuk menonton bolasepak telah menyewa kren seterusnya menyaksikan perlawanan dari atas stadium.

Hal ini sekaligus menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak kerana penyokong tidak dapat memberikan sokongan padu terhadap pasukan mereka secara ‘live’.
Terdahulu Menurut Daily Sabah, seramai 35 orang wanita yang cuba menghadiri derby Tehran antara Esteqlal dan Persepolis telah ditahan pada bulan Mac lepas.