Connect with:




Minatnya yang mendalam terhadap aktiviti rekreasi hampir meragut nyawanya. Pada November 2016, Rosliza Saad berdepan hypothermia akibat perubahan cuaca yang terlalu ekstrem di Gunung Damavand, Iran.

Doktor mengesahkan dia yang pengsan ketika mendaki itu lumpuh separa badan selepas mendapati ada ketulan buih pada saraf tulang belakang yang mengakibatkan otak tidak dapat menghantar isyarat untuk membolehkan kakinya bergerak.

Rosliza mengakui dunianya menjadi gelap seketika selepas doktor memberitahu perkara tersebut meskipun ia hanyalah bersifat sementara. Namun, berbekalkan semangat juang yang tinggi, dia terus berusaha untuk pulih dan berjalan semula seperti sedia kala.

Akhinya, usaha keras itu berbaloi apabila dalam masa tiga bulan, Rosliza sembuh seperti sedia kala dan seterusnya meneruskan minatnya yang terhenti ketika dengan mendaki Gunung Mulu dan Kashmir yang setinggi 5000 meter.

Setahun selepas itu, Rosliza merupakan salah seorang dari 7 individu bertuah yang menyertai Ekspedisi Kayak Merentasi Sungai Nil yang diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Ekspedisi Pertama di Sungai Nil dibuat secara berkumpulan.

Bercerita tentang insiden atau pengalaman menarik semasa menjalankan ekspedisi tersebut, Rosliza menjelaskan bahawa laluan merentasi sembilan lokasi dari negara berbeza antaranya Kenya, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan, Sudan Selatan dan Mesir ternyata satu pengalaman bermakna. Mereka gembira dapat mengenali budaya dan adat baharu disamping mendapat layanan yang baik penduduk tempatan di sana.


Baca artikel penuh mengenai pengalaman Rosliza berkayak menyelusuri Sungai Nil di e-majalah Dunia Sukan edisi 68 secara percuma. Muat turun e-majalah Dunia Sukan di laman web atau di applikasi pintar Dunia Sukan (Klik sini untuk Google Play & klik sini untuk App Store).