Connect with:




Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggantikan Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam pada itu, pelantikannya disahkan oleh mseyuarat majlis BAM pada hari Khamis.

Menurut Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria berkata pelantikan Dr Wan Azizah sepadan dengan perlembagaan persatuan itu.

“Dr Wan Azizah telah bersetuju untuk menerima pelantikan itu. Kami percaya arena badminton akan jadi lebih bersinar di bawah penaung yang baru.

“Beliau juga peminat badminton yang mengikuti kemajuan sukan ini di Malaysia,” kata Norza selepas mempengerusikan mesyuarat majlis badan kebangsaan.

Tidak dilupakan, Norza turut menzahirkan penghargaan terima kasih kepada Rosmah sepanjang tempohnya sebagai penaung.

Foto Kredit: drwanazizah