Connect with:




Bagi peminat Formula One dan bola sepak, anda akan disajikan dengan dua perlawanan (F1 dan bola sepak) pada hari Ahad. Mungkin anda keliru untuk menonton sukan mana yang anda gemari. Namun, anda tidak perlu risau lagi!

Hal ini kerana penganjur Grand Prix Perancis bersetuju untuk menangguhkan waktu perlumbaan sehingga tamatnya aksi Piala Dunia antara England dan Panama.

GP Perancis telah dianjak dua jam awal iaitu pada pukul 9.10 malam bagi memberi laluan kepada peminat untuk menonton kedua-dua perlawanan tersebut.

Dalam pada itu, Juara bertahan F1, Lewis Hamilton, yang kini menduduki tangga kedua dibelakang Sebastian Vettel dengan perbezaan satu mata menzahirkan sokongannya terhadap ‘Three Lions’ awal minggu ini.

Hamilton, yang turut menyokong Arsenal, berkata jika dia bukan seorang pemandu F1 maka dia akan menjadi seorang pemain bola sepak yang bermain dalam pasukan yang sama seperti Ashley Young ketika dia masih muda, lapor The Sun.

“Sekiranya saya tidak menjadi seorang pemandu F1, saya bersa saya akan menjadi seorang pemain bola sepak,” kata Hamilton pada 2007.

“Saya lebih bersaiz besar daripada Ashley Young ketika itu, tetapi dia lebih mahir berbanding saya.

“”Saya merupakan seorang seorang pemain tengah dan lincah dalam setiap pergerakan sehingga boleh berisiko mencederakan kaki, saya sangat kompetitif dalam segala-galanya.”

Sementara itu, England  tampak lebih yakin untuk melangkah ke pusingan seterusnya kerana mereka bakal menentang pasukan ‘underdog’ dari Amerika Selatan, Panama.