Connect with:




E-sukan kini mula menjadi satu wabak di Malaysia yang mula menyerang tubuh dan pemikiran anak muda.

Jika dahulunya permainan video dianggap sebagai aktiviti mengisi masa lapang namun semuanya kini sudah berubah.

Malah ramai anak muda kini menjadikan e-sukan sebagai mata pencarian mereka.

Ini juga tidak terlepas buat bakat muda yang namanya kini disebut-sebut oleh ramai pemain e-sukan lebih lagi dalam permainan FIFA18.

Luqman ‘Fenrir’ Haziq, anak muda yang mula menempa nama di persada e-sukan Malaysia apabila dia berjaya menempatkan dirinya dalam 64 peserta bagi FIFA Ultimate Team (FUT) Champions Cup #1 di Barcelona, Sepanyol.

Bayangkan anak muda dari Malaysia berumur 20 tahun ini mampu menjadi antara pemain handal serata dunia dan bertanding dengan barisan pemain professional dunia.

Malah, Luqman yang juga seorang pelajar cuba mencari waktu buatnya untuk memantapkan permainanya hari demi hari.

Luqman bakal ke Barcelona pada 26 -28 Januari 2018 bagi FIFA eWorld Cup (FEWC) anjuran EA Sports yang pemenangnya bakal membawa pulang AS$200,000 (RM817,300).

Bersama kita rakyat Malaysia dalam mendukung cita-cita Luqman dalam menjadi seorang pemain FIFA 18 professional di samping memberi sokongan baginya sebagai anak Malaysia pertama dan 4 terbaik Asia yang layak bertanding di arena antarabangsa.

Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang Luqman ‘Fenrir’ Haziq, nantikan majalah Dunia Sukan edisi yang akan datang dan sila layari laman sosial Dunia Sukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Foto Kredit : Luqman Haziq