Connect with:




Liew Daren selaku wakil tunggal Malaysia dalam acara perseorangan lelaki unggul melangkah ke pusingan ketiga dalam Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di China.

Pemain yang menghuni ranking ke 38 ni meneruskan rentak cemerlang apabila menang mudah menewaskan pemain Israel, Misha Zilberman 21-16, 21-16 pada pusingan kedua, hari ini.

Dia bakal bertembung pemain nombor enam dunia iaitu, K. Srikanth dalam pusingan ketiga di kejohanan yang pernah menduduki carta teratas dalam ranking dunia.

Sementara itu, Srikanth berjaya menumpaskan pemain Sepanyol, Pablo Abian 21-15 12-21 21-14 dalam masa 62 minit.

Bagi pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut mengikut jejak Daren disamping Goh Jin Wei, yang membenam Aya Ohori 21-18, 22-20 dalam acara perseorangan wanita.

Foto Kredit: BERNAMA