Seperti sudah dijangka, penyerang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia 2017 oleh Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam majlis yang berprestij ini.

Kepten pasukan kebangsaan Portugal itu telah menewaskan dua calon lain, Lionel Messi dan Neymar Jr, koleksi kemenangnya dalam anugerah ini juga sudah menyamai rekod yang diraih oleh Messi sebanyak lima kali.

Bagi anugerah jurulatih terbaik 2017, Zinadine Zidane dipilih sebagai penerima anugerah selepas berjaya memabawa kelab bimbinganya muncul sebagai juara Liga Sepanyol dan Liga Juara-juara Eropah.