Connect with:




Dua wakil Malaysia, Subkhiddin Hj Mohd Salleh dan Christopher Raj secara rasminya akan bertugas sepanjang kem Piala Dunia FIFA di Russia 2018 berlangsung dari 14 Jun hingga 15 Julai 2018.

Melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Football Association of Malaysia (Official) melalui Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin selaku Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Saya mewakili Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin mengucapkan selamat bertugas kepada dua Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM, Subkhiddin Hj Mohd Salleh dan Christopher Raj,” ujar Hamidin

Subkiddin akan bertindak selaku Instruktur Teknikal Pengadil di Moscow, Russia bermula 31 Mei lalu hingga 17 Julai depan dengan skop tugasannya adalah merancang persiapan pengadil dari aspek teknikal, menganalisis prestasi pengadil, memberi penjelasan teknikal kepada pemain & pegawai pasukan bertanding serta memberi maklumbalas mengenai prestasi pengadil sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Malah Subkhiddin juga pernah bertugas selaku pengadil ketika kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Manakala Christopher Raj pula pula akan bertugas dari 6 Jun hingga 10 Julai depan sebagai Pegawai Media untuk venue perlawanan di Stadium Spartak, Moscow dengan berperanan memastikan operasi media di venue berkenaan berjalan lancar termasuk urusan pengendalian sidang media, fasiliti dan lain-lain keperluan media.

“FAM berasa bangga dengan pelantikan Subkhiddin dan Christopher ini dan berharap kedua-dua mereka dapat menjalankan tugas dengan baik di sana, sekali gus mengharumkan nama Malaysia dan FAM,” kata Hamidin

Hal ini secara tidak langsung telah mengharumkan nama Malaysia dan sekurang-kurang ada juga wakil Malaysia di kejohanan paling berprestij di dunia ini yang diadakan empat tahun sekali itu.

Kredit : Football Association of Malaysia (Official)