Connect with:




Los Angeles, selamat datang ke Zlatan.

Aksi pertama Zlatan Ibrahimovic di oentas MLS pastinya bukan satu perlawanan yang mudah dilupakan. Pertembungan derby Los Angeles, LA Galacy dan LAFC ini berlangsung awal pagi Ahad di Stubhub Center dengan Zlatan hanya memulakan perlawanan di bangku simpanan.

Kemasukan Zlatan pada minit ke-71 mengubah segala-galanya. Selepas dibolosi 3 goo untuk LAFC berada 3-0 di hadapan, Galaxy bangkit untuk memenanginya jaringan 4-3 termasuk 2 gol dari Zlatan sendiri.

Gol pertama Zlatan hadir menerusi volley cantik pada minit ke 77.

Penghujung perlawanan, Zlatan menjaringkan gol kemenangan yang cukup dramatik hasil umpanan bekas pertahanan Chelsea, Ashley Cole.

Nampaknya cukup mudah Zlatan bermaharajalela di Amerika Syarikat. Adalah kerugian jika Zlatan tidak menyertai Sweden di Piala Dunia 2018 nanti.