Connect with:




Dunia hari ini dikejutkan dengan kematian saintis terkemuka, Stephen Hawking yang meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Hawking mungkin terkenal dengan kajiannya dalam bidang fizik, sains dan matematik namun dalam masa yang sama, arena sukan antarabangsa turut meraikan kehebatannya yang dianggap sebagai seorang ikon serta tokoh terkemuka.

Hawking pernah mengeluarkan satu kajian bagaimana skuad bolasepak England mampu muncul juara dunia menerusi beberapa teori yang dikeluarkannya.

Beliau juga pernah berucap dalam majlis perasmian Sukan Paralimpik di London 2012. Ucapan tersebut cukup memberi inspirasi kepada masyarakat dunia.

“Sukan Paralimpik akan mengubah persepsi kita terhadap dunia. Kita semua berbeza. Tidak ada perkara seperti manusia biasa atau manusia, tetapi kita berkongsi semangat yang sama. Apa yang penting ialah kita mempunyai keupayaan untuk mencipta. Kreativiti ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, dari pencapaian fizikal kepada fizik teori.

Walau betapa sukar sekalipun hidup yang kita hadapi, pasti ada sesuatu yang anda boleh lakukan dan berjaya.

Jadi marilah kita bersama-sama meraikan kecemerlangan, persahabatan dan rasa hormat. Selamat berjaya kepada semua”.