Connect with:




Menjadi bintang tenis dunia dengan pendapatan yang lumayan pastinya membantu Maria Sharapova dalam membina rumah idamannya.

Sharapova, bintang tenis Rusia yang menetap di Amerika Syarikat ini memiliki beberapa hartanah. Salah satu rumah yang didiaminya ialah di Los Angeles.

Baru-baru ini, Sharapova ditemubual Architectural Digest, sebuah media berkenaan landskap dan hiasan dalaman di Amerika Syarikat. Dalam temubual tersebut, Sharapova menunjukkan reka bentuk dalaman rumahnya yang cukup mempesonakan.

Melihat hiasan dalaman rumah Sharapova ini cukup menenangkan. Idea dekorasi datang sepenuhnya dari Sharapova yang kemudiannya menyerahkan kepada firma arkitek KAA Design.

“Sharapova sangat kompetitif, sama seperti ketika bermain tenis. Setiap minit, setiap saat, beliau akan meneliti projek pembinaan”kata Grant Kirkpatrick, arkitek KAA Design.

Sharapova memberitahu, kebanyakan dekorasi diinspirasikan dari reka bentuk Jepun yang mementingkan aspek minimalis. Dapat dilihat ia memang ringkas, tidak ada begitu banyak perabit dan barang namun masih kelihatan elegan.

Selain kolam renang, taman dalam dan luar rumah, rumah ini turut memiliki dua lorong tenpin boling.

Anda boleh lihat sendiri rumah milik Sharapova di Los Angeles ini menerusi video di bawah.