Connect with:




Adriano Moraes kembali merampas tali pinggang flyweight dunia ONE Championship selepas memenangi trilogi pertembungannya bersama Geje Eustaquio di Manila, semalam.

Moraes menang menerusi keputusan sebulan suara juri selepas kedua-dua bintang tersebut menghabiskan 5 pusingan pertarungan. Ia bukanlah keputusan yang bolh diterima peminat-peminat yang datang ke Mall Of Asia. Buktinya, mereka membuat bunyi ‘boo’ selepas Moraes dijulang sebagai pemenang.

Ia sebenarnya satu pertembungan yang cukup sengit. Moraes dan Geje beraksi dengan cukup baik terutamanya ketika mereka berada dalam pergelutan “on the ground”.

Dalam pusingan keempat, berlaku satu situasi yang boleh dikira sebagai tumpuan sepanjang acara ONE: Hero’s Ascent berlangsung. Moraes berjaya melakukan gerakan Suloev Stretch namun lawannya dari Filipina itu seakan-akan langsung tidak merasa sakit.

Akhirnya selepas seminit membuat asakan tersebut, Moraes melepaskan Geje dan cuba mencari jalan lain untuk menumbangka lawannya itu.

Mengulas mengenai situasi tersebut, Moraes sememangnya sangat terkejut Geje dapat bertahan dengan percubaannya untuk membuatkn lawan mengalah .

“Saya tidak tahu bagaimana Geje dapat lakukannya (bertahan). Ia sangat luar biasa. Kebiasaannya dalam sesi latihan, rakan sepelatih saya pasti akan menyerah apabila berlaku situasi tersebut.

ONE: Hero’s Ascent turut menyaksikan beberapa pertembungan lain yang turut tidak menghampakan. Keputusan setiap perlawanan adalah seperti berikut:

ONE Flyweight World Championship bout: Adriano Moraes defeats Geje Eustaquio by Unanimous Decision (UD) after 5 rounds

ONE Lightweight World Grand Prix Quarter-Final bout: Lowen Tynanes defeats Honorio Banario by TKO (Strikes) at 4:46 minutes of round 1

Flyweight bout: Danny Kingad defeats Tatsumitsu Wada by Unanimous Decision (UD) after 3 rounds

ONE Super Series Muay Thai Flyweight bout: Rodtang Jitmuangnon defeats Fahdi Khaled by Unanimous Decision (UD) after 3 rounds

Middleweight bout: Reinier De Ridder defeats Fan Rong by Submission (D’arce Choke) at 1:51 minutes of round 1

ONE Super Series Kickboxing Flyweight bout: Hiroki Akimoto defeats Josh Tonna by Unanimous Decision (UD) after 3 rounds

ONE Super Series Muay Thai Featherweight bout: Bangpleenoi Petchyindee Academy defeats Brown Pinas by Unanimous Decision (UD) after 3 rounds

ONE Super Series Muay Thai Flyweight bout: Elias Mahmoudi defeats Yukinori Ogasawara by Unanimous Decision (UD) after 3 rounds

Featherweight bout: Tang Kai defeats Sung Jong Lee by Knockout (KO) at 1:14 minutes of round 2

ONE Super Series Muay Thai Bantamweight bout: Hiroaki Suzuki defeats Mohammed Bin Mahmoud by TKO at 2:53 minutes of round 3

Strawweight bout: Himanshu Kaushik defeats Egi Rozten by Knockout (KO) at 3:33 minutes of round 1