Pelumba Formula Satu (F1) daripada pasukan Ferrari, Sebastian Vettel lega apabila tiada sebarang tindakan yang diambil terhadapnya ketika insiden melanggar lawannya daripada Mercedes, Lewis Hamilton ketika di Grand Prix Azerbaijan.

Walaupun dilihat insiden tersebut seperti disengajakan namun induk Formula satu, FIA berkata Vettel merempuh Ferrari di belakang Mercedes Hamilton pada pusingan ke-19 dalam perlumbaan bulan lalu.

Juara dunia empat kali dari Jerman memohon maaf dan bertanggungjawab di atas insiden yang berlaku, FIA memutuskan tiada hukuman lanjut bakal dikenakan terhadap Vettel.

Presiden FIA, Jean Todt berkata, sukan yang melibatkan perlumbaan di peringkat tertinggi mampu menimbulkan ketegangan apabila melibatkan insiden sedemikian tetapi pihak penganjur dan pelumba seharusnya lebih tenang dan bertindak rasional ketika menghadapinya.

“Sukan di peringkat yang tertinggi ini mampu mencetuskan pelbagai situasi misalnya keadaan mampu menjadi tegang dengan sekelip mata dan membuatkan beberapa pihak akan mencetuskan amarah mereka.

“Tetapi sudah menjadi tugas bagi ahli sukan untuk terus tenang supaya dapat tanganinya dengan mudah,” kata Todt.