Sebastian Vettel dari Ferrari mengakhiri ujian pramusim Formula One (F1) dengan aksi mengagumkan apabila mencatatkan rekod tidak rasmi yang memuaskan di Circuit de Catalunya pada hari Khamis.

Juara dunia empat kali itu merekodkan masa terbaik iaitu satu minit 17.182 saat, menggunakan tayar hypersoft yang baru.

Sejak Litar Barcelona diubahsuai semula pada tahun 2007, sebelum ini, Daniel Ricciardo dari pasukan Red Bull telah mencatatkan masa terbaik iaitu 1:18.047.

Sementara itu, Kimi Raikkonen akan menggalas tanggungjawab menggantikan rakan sepasukannya iaitu Lewis Hamilton untuk ujian akhir sebelum aksi perlumbaan pembukaan berlangsung pada 25 Mac nanti.

Pemandu Denmark, Kevin Magnussen mencatatkan rekod kedua terpantas menggunakan tayar supersoft dengan masa 1: 18.360 manakala pemain Perancis, Pierre Gasly berada di tangga ketiga dan membuat sebanyak 169 pusingan.

Hamilton dan rakan sepasukan Valtteri Bottas di bawah kendalian Mercedes, dengan juara bertahan melengkapkan 84 pusingan.

Foto Kredit: Wheels24