Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel kembali menerajui tangga teratas kejuaraan Formula One tahun ini selepas menamatkan aksi cemerlang di Grand Prix Kanada awal pagi tadi.

Lebih menarik, kemenangan tersebut merupakan kemenangan pertama Ferrari di Kanada sejak 2004 dan juga kemenangan kedua peribadinya di Kanada sejak menang mewakili Red Bull pada 2013.

Selain itu, kemenangan Vettel musim ini sekaligus menghadiahkannya 121 mata selepas tujuh perlumbaan mendahului pesaing terdekatnya, Lewis Hamilton yang mengumpul 120 mata.

Dia yang memandu jentera Ferrari itu untuk menukar kedudukan petak pendahulu ke-54 tanpa sebarang masalah sekaligus dapat memberikannya kejayaan di depan pemandu Finland, Valtteri Bottas dari Mercedes dan pemandu Belanda, Max Verstappen yang berkedudukan ketiga buat Red Bull.

“Saya sukar untuk percaya dengan perlumbaan seperti ini. Tempat ini sangat memberi makna yang besar ke pada Ferrari.

“Sempurna adalah cara terbaik untuk menggambarkannya,” tambah Vettel

“Perjalanan masih jauh untuk musim ini dan saya tidak terganggu dengan gelaran ketika ini tetapi ia sememangnya sesuatu yang bagus untuk saya.”

Sementara itu, Pemandu Australia, Daniel Ricciardo yang berjaya bertahan daripada tekanan Hamilton mencatit masa terpantas pada pusingan akhir sekaligus memungut matanya kepada 32 mata dan mengekalkan tempat keempat di depan pemandu England.