Ketika melakukan lawatan singkat di Johor baru-baru ini, Lagenda bolasepak Argentina, Juan Sebastian Veron terkejut melihat kemudahan yang disediakan pasukan itu yang sangat bagus.

 

Dia melihat usaha yang dilakukan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah untuk memajukan arena bolasepak negeri Johor dan menaikkan nama negara di mata dunia.

 

Sejak dari penjelajahannya dengan pasukan JDT, dia belihat JDT telah melakukan sesuatu yang hebat dan bangga dengan pencapaian yang diraih pasukan JDT.

 

Bekas pemain Lazio ini menyatakan bahawa JDT mempunyai jentera serangan dan pertahanan yang hebat dan berkualiti, malah dia turut berasa bertuah dapat menyaksikan perlawanan JDT di laman sendiri.

 

Dia turut terpegun apabila melihat penyokong JDT yang memberi sokongan padu untuk pasukan kesayangan mereka sangat bertenaga dan menakjubkan.