Connect with:




Venus Williams hampir tersingkir awal sebelum bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mara ke suku akhir Terbuka Miami di sini awal pagi ini.

Venus, 37, hampir menyertai kelompok pemain pilihan  yang tersingkir awal sebelum menewaskan juara bertahan dari Britain, Johanna Konta, 26, dengan kemenangan 5-7, 6-1, 6-2 dalam masa lebih dua jam.

Antara pemain pilihan yang tersingkir adalah pemain ranking ketiga dunia, Garbine Muguruza dari Sepanyol yang ditunjukkan jalan keluar oleh rakan senegara Venus iaitu Sloane Stephens 6-3, 6-4. Turut mengiringi Garbine adalah Agnieszka Radwanska yang tewas 2-6, 2-6 di tangan pemain wildcard, Victoria Azarenka. – AFP

Sumber : Utusan Online

Foto Kredit : cbssports(dot)com