SHAH ALAM – Skuad England terpaksa mengugurkan Jamie Vardy berikutan penyerang Leicester itu mengalami kecederaan, kata Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

Berikutan kecederaan yang dialaminya menyebabkan dia terlepas aksi kelayakan Piala Dunia menentang Scotland di Glasgow pada sabtu dan perlawanan persahabatan menentang Perancis.

Dalam satu kenyataan FA, Jamie Vardy sudah mula meninggalkan skuad England sebagai langkah awal setelah mengalami kecederaan ringan ketika berlatih di St George Park pada selasa hadapan.

Vardy telah membuat 16 penampilan bersama skuad Three Lions selepas meledakkan enam gol dan kali terakhir dia menjaringkan gol ketika menewaskan Lithuania 2-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia Mac lalu.

Terdapat tiga pelatih masih bersaing dalam medapatkan tempat Henry iaitu Harry Kane, Jermain Defoe dan juga Marcus Rashford. – AFP