Robin Van Persie dikecam teruk oleh penyokong Manchester United kerana memuji persembahan pemain Liverpool, Mohamed Salah.

Salah mempamerkan persembahan cemerlang dengan meledak dua daripada lima gol Liverpool dalam aksi separuh akhir pertama bertemu AS Roma untuk membawa bekalan selesa ke Itali, minggu depan.

Pemain Mesir itu menerima pujian daripada kesemua pemain dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dan bekas penyerang United, Van Persie turut memuji aksi Salah.

Walaubagaimanapun, tindakan Van Persie itu tidak begitu disenangi penyokong The Red Devils kerana khuatir Salah akan membantu Liverpool memenangi Liga Juara Juara keenam mereka. – AGENSI

Sumber : Utusan online

Foto Kredit : thepeoplesperson(dot)com