Connect with:




Pemandu Formula One, Valtteris Bottas perlu meningkatkan prestasi permainannya dari musim lalu jika ingin diberi peluang untuk mengekalkan kedudukannya di pasukan Mercedes dan berada dalam kedudukan dua teratas dalam penampilannya di Grand Prix Australia musim ini.

Pemain berusia 28 tahun itu hanya memenangi tiga perlumbaan tahun lalu walaupun berlumba dalam pasukan yang paling menonjol (Mercedes) di samping juara dunia, Lewis Hamilton.

Sehubungan itu, dia mengakui apabila kontraknya sudah selesai, ramai pelumba yang ingin merebut tempatnya untuk bersama pasukan Mercedes.

“Saya mempunyai matlamat besar,” katanya kepada pemberita di Trek, sebentar tadi.

“Saya perlu beraksi dengan lebih laju dan meningkatkan mutu permainan saya. Saya juga mahu memulakan musim ini dengan baik di sini (Melbourne).”

Sementara itu, sebelum memenangi podium tahun lepas, Bottas mempunyai rekod yang buruk di Australia dengan ranking ke-14, kelapan dan kelima dalam tiga perlumbaan.

Di samping itu, dia gagal untuk memulakan perlumbaan di musim 2015 dengan baik selepas mengalami kecederaan di belakang dalam pusingan kelayakan dan terpaksa di tahan di hospital selama satu malam.

“Saya masih belum menjumpai litar kegemaran saya,” tambahnya.

“Saya mahu konsisten di setiap perlumbaan. Saya juga mengambil pendekatan positif dalam perlumbaan musim lepas. Jadi, saya berharap akan menunjukkan prestasi terbaik untuk kali ini.”

Dalam pada itu, rakan sepasukannya, Lewis Hamilton hanya memenangi podium sebanyak dua kali di Australia dan menduduki tangga kedua bagi tahun kedua berturut-turut pada musim lalu untuk bergelar sebagai juara dunia sebanyak empat kali.

“Jika Lewis mengalami hari yang buruk, atau perlumbaan yang kurang memuaskan atas apa sahaja sebab, maka saya perlu bekerja keras bertanding untuk merebut kemenangan dalam perlumbaan,” katanya.

Foto Kredit: YouTube