Pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mara ke suku akhir setelah menewaskan pasangan nombor 7 dunia dari Taiwan, Lee Jhe Hui- Lee Yan 21-15, 16-21-, 21-13 dalam Kejohanan Indonesia Master.

Mereka akan bertemu dengan pilihan ketiga kejohanan dari China, Liu Cheng- Zhang nan yang menewaskan rakan senegara mereka Lu Kai Zheng- Zheng Siwei 21-11, 21-14.

Kedua-kedua pasangan ini pernah berjumpa pada minggu lepas di Kejohanan Malaysia Master di peringkat yang sama dan menyaksikan pasangan Malaysia ini berjaya tewaskan pasangan dari China ini.

Turut mara ke peringkat suku akhir adalah regu campuran negara, Tan Kian Meng- Lai Pei Jing yang menewaskan wakil tuan rumah, Rinov Rivaldy-Angelia Wiratama 21-18, 21-12.

Mereka akan bertemu satu lagi pasangan negara, Goh Soon Huat- Shevan Jemie Lai. Kedua-dua pasangan ini telah berjumpa di kejohanan Malaysia Master di peringkat suku akhir dan menyaksikan Goh Soon Huat- Shevan Jemie Lai mara separuh akhir.

Foto Kredit : Facebook Badminton Semasa Malaysia