Shah Alam: Goh V Shen-Tan Wee kiong tidak akan membenarkan kecederaan mereka menyekat untuk beraksi pada Kejuaraan Terbuka Indonesia 12-18 jun.

V shen mempunyai masalah di bahagian belakang dan lutut sementara wee kiong masih lagi belum pulih dari kecederaan lututnya semenjak awal tahun.

Bagaimanapun mereka akan meneruskan perjuangan bagi membuktikan kebangkitan pada musim ini.

Pemegang pingat perak sukan olimpik di Rio 2016 itu hanya melayakkan diri ke peringkat suku akhir pada kejohanan Seluruh England, Terbuka India dan Terbuka singapura.

Mereka juga terkandas pada Piala Sudirman di Gold Coast pada bulan lepas. Mereka tewas kepada pemain no 6 dunia Takeshi Kamura-Keigo Sonoda di peringkat suku akhir dua kali berturut- turut.

Bagaimanapun pemain no 4 dunia V shem-wee kiong mengatakan mereka bersedia bermain pada Terbuka Indonesia dan Terbuka Australia pada jun 20-25 walaupun terpaksa berdepan dengan kecederaan.

“Setiap pemain perlu berdepan dengan masalah kecederaan. Ianya adalah satu perkara yang serious” kata V Shen.

“Wee kiong pada masa ini bergelut dengan kecederaan lutut dan saya pula mempunyai masalah di bahagian belakang dan kini kecederaan lutut sekali lagi menghantui saya”.

“kita akan menghadapi risiko jika pergi ke Indonesia dan Australia tetapi kita mesti cuba untuk kembalikan momentum”.

“ianya juga adalah dua kejohanan yang penting sebelum kita pergi ke Kejohanan Dunia (di Glasgow pada ogos)

“jadi, kita mesti menukar sedikit corak permainan di atas masalah kecederaan yang ada. Kita sudah tidak boleh berharap pada kelajuan dan kekuatan, tambah V Shem.

V Shem-Wee Kiong adalah pilihan ke-empat Kejohanan Terbuka Indonesia. Mereka akan berdepan dengan beregu Thailand’s Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh pada pusingan pertama.

Mereka perlu meneruskan perjuangan sama ada berdepan dengan tuan rumah Hendra Gunawan-Markis Kido atau dari China Lu Kai-Zheng Siwei pada pusingan kedua.

Selain V Shem-Wee Kiong, beregu No. 2 negera Ong Yew Sin-Teo Eeyi juga akan mula dari undian pertama.

Mereka akan menentang China’s Liu Cheng-Zhang Nan pada pusingan pertama dan pemengannya dijangka berdepan dengan no.1 dunia Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo.