Connect with:




USANA Health Sciences, Inc. (NYSE: USNA), sebuah syarikat nutrisi antarabangsa, dengan bangganya meneruskan tradisi menaja atlet sukan Malaysia yang layak serta menjadi tauladan kepada semua atlet muda di negara ini.

Ketiga-tiga Atlet USANA Elit Malaysia tersebut ialah Muhamad Heidy, ketua pasukan dodgeball kebangsaan, Adli Hafidz Pauzi, peninju negara serta perenang kebangsaan, Wilsom Sim Wee Sheng.

Cik Vivienne Lee, Pengurus Besar Serantau USANA untuk Malaysia, Singapura dan Taiwan berkata: “Hari ini sungguh bermakna untuk kami sekalian kerana dapat memberi sokongan yang bermakna dalam membangunkan kerjaya untuk ketiga atlet terkemuka ini dan ia adalah satu tradisi menyokong ahli sukan tempatan yang telah kami amalkan sejak 2016.

“USANA aktif dalam menaja atlet yang bergantung kepada suplemen USANA untuk memastikan mereka dalam keadaan terbaik dan kami membantu mereka berada di kalangan atlet bertaraf dunia dan juara elit dengan menaruh kepercayaan kesihatan dalam produk USANA.

Kesemua Atlet USANA Elit Malaysia menerima penajaan bersama berjumlah lebih daripada RM100,000 termasuk suplemen penajaan dan rangkaian dengan masyarakat atlet USANA, untuk sekurang-kurangnya setahun setengah.

“Semua atlet perlu produk pemakanan yang membantu menjaga mereka dalam keadaan terbaik untuk stamina, tenaga dan tumpuan melalui puncak kesihatan yang tertinggi. USANA Health Sciences sungguh bangga kerana ketiga-tiga atlet ini berganding bersama dengan lebih 4,500 altlet professional di seluruh dunia yang menggunakan pelbagai produk demi mengekalkan kondisi fizikal dan mental terbaik.

Antara atlet antarabangsa yang turut ditaja USANA ialah juara tinju lima kali sedunia iaitu Timothy Bradley Jr dan peserta renang Olimpik Rio 2016 iaitu Kelsi Dahlia.

“USANA gembira kerana Muhamad Heidy, Adli Hafidz dan Welson memilih untuk meletakkan kepercayaan kesihatan mereka kepada USANA, dan kami gembira untuk memainkan peranan dalam membantu mereka mencapai impian demi menjadi ahli sukan profesional yang terkemuka di peringkat global,” tambah Vivienne lagi.