Connect with:




Cita-cita Usain Bolt untuk bergelar pemain bola sepak profesional kini semakin menjadi kenyataan apabila kini beliau dilihat berlatih bersama-sama dengan sebuah kelab terkemuka dunia iaitu Borussia Dortmund.

Orang awam atau peminat Bolt berpeluang untuk menonton beliau berlatih dengan pemain Dortmund di padang secara live streaming. Mungkin bakat yang terpendam selama ini akan di tunjukkan kepada peminat ketika di padang nanti.

Pemegang rekod dunia 100 meter dan 200 meter ini sememangnya menyimpan minat untuk bermain bola sepak terutama dengan kelab Manchester United. Malah beliau pernah menyuarakan sendiri minat beliau kepada Alex Ferguson ketika membimbing Man United ketika itu.

Foto Kredit : mirror(dot)co(dot)uk

BoltĀ akan menerajui skuad Pilihan Dunia menentang England yang diketuai penyanyi pop Robbie William dalam perlawanan amal Soccer Aid di Old Trafford Jun ini. Ini sudah pasti peluang kepada peminat untuk melihat pelari pecut dunia ini beraksi di atas padang.

Mungkin selepas ini, Bolt akan di panggil mewakili skuad negara Jamica dalam kejohanan yang akan datang dalam.

Foto Kredit : FB Borussia Dortmund