Bermacam usaha perlu dilakukan untuk merangka dan mempertingkan semula mutu bola sepak tanah air daripada peringkat akar umbi untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak tanah air, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Munurutnya, kebanyakan ibu bapa di Malaysia tidak nampak kerjaya bola sepak boleh menjadi satu kerjaya kepada anak-anak mereka, sementara itu tanggapan seperti itu perlu diubah.

Baginya, netizen juga perlu memberi ruang kepada mereka yang bertanggungjawab untuk membina sukan bola sepak, beliau juga yakin penambahbaikan serta usaha yang dilakukan oleh FAM di bawah kendalian DYAM Tunku Mahkota Johor mampu membuahkan hasil.

“Tajaan jugaa amat penting bagi memastikan pembangunan dan bakat serta masa depan sukan di mana menyediakan kemudahan untuk pemain-pemain muda untuk berlatih demi masa depan mereka,” katanya dalam blog NajibRazak.com malam tadi, bertajuk ‘Harimau Malaya akan bangkit semula’.

Untuk rekod, pasukan bola sepak negara tewas di tangan Hong Kong 0-2 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019, pada Selasa.

Foto Kredit: Asiana.MY