Connect with:




Seringkali kita mendengar proses pemulihan tubuh badan yang dilakukan oleh atlet selepas  bersukan adalah dengan mandi ais atau sesi fisio bersama fisioterapi pasukan atau peribadi. Kaedah-kaedah selalu menjadi pilihan kerana telah menjadi amalan yang lebih ‘dipercayai’ berbanding kaedah tradisional.

Pada dasarnya perkara-perkara ini bertujuan untuk  mengekalkan tahap prestasi sukan yang diceburi atlet itu sendiri. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai kaedah dalam pencegahan kepada kecederaan.

Di Pusat Rawatan Islam Al-Jawahir Shah Alam, urutan tradisional saraf jawa kini makin mendapat sambutan dikalangan pemain-pemain bola sepak tempatan yang berpangkalan di sekitar Lembah Klang.

Kaedah ini telah mengabungkan beberapa elemen seperti  biomedikal, urutan jawa dan ayat-ayat suci Al-Quran bagi  memastikan objektif asal menyembuh dan memulihkan dapat dicapai. Jika perhatikan, tiada teknik yang luar biasa bagi urutan saraf jawa ini. Apa yang membezakan urutan ini dengan  urutan lain hanyalah kombinasi penggunaan teknik-teknik dan kaedah-kaedah tersebut.

Menurut pengasas Al-Jawahir, Sahrizal Mizwan, urutan ini menjadi pilihan pemain-pemain kerana dengan teknik dan kaedah yang betul ianya boleh merawat kembali soft tissue dan mengurangkan stress dalam badan.


Baca artikel penuh di majalah Dunia Sukan edisi 70 dengan memuat turun secara percuma laman web atau di applikasi pintar Dunia Sukan menerusi GOOGLE PLAY dan APP STORE.