Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya merampas kembali kejuaraan keseluruhan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekaligus menyekat hajat UiTM yang inginkan kejuaraan hatrik dalam Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018.

Kejuaraan ini merupakan kejuaraan kedua mereka setelah kejuaraan pertama UPM pada edisi sulung SUKIPT 2012.

UPM berjaya mengesahkan kejuaraan apabila hanya di bezakan dengan 2 pingat emas apabila berjaya mengumpul 42 emas, 41 perak, 33 gangsa dengan keseluruhan 118 pungutan pingat mengatasi pencabar terhebat dari UiTM, dengan 42 emas, 37 perak, 35 gangsa dengan keseruhan 114 pungutan pingat.

Untuk edisi kali ini, UPM tampak lebih garang dan cemerlang dengan jumlah pungutan pingat berbanding edisi 2016 sambil di bantu oleh prestasi UiTM yang tidak berapa menjadi dalam edisi kali ini.

Wakil MSP Malaysia

Namun dalam saingan SUKIPT 2018 kali ini, Majlis Sukan Politeknik (MSP) Malaysia berjaya mencuri tumpuan apabila berjaya berada di kedudukan ketiga keseluruhan dengan pungutan 27 emas, 17 perak dan 27 gangsa.

Malah mereka juga berjaya mengatasi dan menewaskan beberapa buah universiti yang dianggap pasukan pilihan.

Datang selaku pasukan bukan pilihan namun berjaya mencipta beberapa kejayaan dan ini sudah tentu satu pencapaian terbaik mereka. Kejayaan Politeknik Malaysia merupakan satu perkembangan baik dalam arena sukan di Malaysia.

Di dalam sukan, reputasi tidak boleh menjamin kejayaan seseorang atau sesebuah pasukan tetapi kejayaan itu datang dengan prestasi yang terbaik di dalam setiap kejohanan.

Foto Kredit : FB Universiti Putra Malaysia
: FB Majlis Sukan Politeknik Malaysia