Pasukan Unknown Lightning  berjaya merangkul Kejuaraan 3 on 3 Tactball Challenge 2012 dengan menewaskan 26 pasukan lain dalam kejohanan yang berlangsung di perkarangan parkir Stadium Nasional, Bukit Jalil, hujung minggu lalu.

Dalam perlawanan akhir, Unknown Lightning berjaya menumpaskan pasukan Bon Bon sekaligus membawa pulang trofi Sang Saka Bangsa dan hadiah wang tunai berjumlah RM1,500.

Bon Bon  pula menerima hadiah wang tunai RM1,200, manakala tempat ketiga Realliance RM1000 dan tempat keempat , ECS Black Tiger mendapat habuan RM800.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh EXCO Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh.

Pertandingan yang pertama kali diadakan ini dianjurkan oleh Paintball Valley bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-66 UMNO yang diadakan di tempat yang sama.

‘Semangat kerjasama berpasukan dan kebijaksanaan mengatur strategi dalam sukan paintball ini boleh diterap dalam kehidupan seharian kita,” kata Khairun dalam ucapan penutup.

Khairun juga memuji langkah yang dijalankan penganjur dalam mengetengahkan sukan itu dan berharap kejohanan ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

 

 

KEPUTUSAN KEJOHANAN :-

Juara : Unknown Lightning

Naib Juara : Bon Bon

Tempat ke-3 : Realliance

Tempat ke-4 : ECS Black Tiger

Tempat ke-5 : ADD 2

Tempat ke-6 : Painnut

Tempat ke-7 : Splatty Boys

Tempat ke-8 : UMA Tiger